Friday, October 10, 2014

Cerita Lucu - Granat

Ini cerita di sebuah barak tentara. Seorang Jenderal sedang mengajarkan salah satu prajuritnya bagaimana cara meledakkan
sebuah granat. Jenderal :"Pertama-tama, genggamlah granat dengan erat, lalu tarik cincin pemicu granat, kemudian lemparkan, mengerti?"
Prajurit :"Siaaap mengerti!!!"
Jenderal :"Sekarang, coba lakukan sendiri!" Lalu prajurit tadi melaksanakan apa yang dikatakan oleh sang jenderal. Ia menggenggam granat dengan erat, lalu menarik cincin pemicu granat, kemudian berteriak, "Jenderaaal tangkaap!!!!"

Cerita Lucu - Malam Pertama Gokil

Malam pertama buat sepasang pengantin baru. Si suami baru saja memadamkan lampu bilik. Selang 15 minit si isteri mengerang.

"Adui.. Sakitnya B… !”

Si suami cuba menenangkan isterinya.

"Jangan nangis baby.. Nanti mama papa dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."

Kebetulan bilik mama papa hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Si isteri masih mengerang kesakitan.

“Sakitnyerrr B………"

Kerana tidak dapat menahan sakit, si isteri terus mengerang. Si suami cuba memujuk.

"Sabar ye Baby! Tahan sikit.. Esok baru cabut."

Tanpa disedari rupanya papa mengikuti perkembangan pengantin dan terdengar anak perempuannya mengerang. Mula dia tidak peduli, biasalah malam pertama. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Lantas terus dia bangun, pergi ke bilik sebelah dan terus menendang pintu bilik pengantin.
Dengan rasa geram papa memarahi menantunya.

"Apahal ni? Mati lah anak aku kalau esok baru kau nak cabut! Kau cabut sekarang!!!"

Terkejut besarlah pasangan pengantin baru. Sambil menahan sakit, si pengantin perempuan pun berkata kepada papa nya..

"Papa, takkanlah sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?"

Cerita Lucu - Jeruk Mempelam

Maka tersebutlah kisah murid tahun 6 Purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie).

Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat. Maka beraturlah murid tahun 6 Purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah...ada yang bagi hadiah...selepas bagi hadiah dan kad, masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.

Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar...lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo
meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur...semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi.

Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa. "Hummm...masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".

Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ...

Cerita Lucu - Mengapa Perlu Kahwin?

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ",jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!". Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... sebenarnya gatal depan........"